|
Apa itu Hyppgames?
Hyppgames merupakan saluran permainan online yang unggul di Malaysia. Di sini anda boleh mendapatakan berita-berita terkini dan juga ulasan mengenai permainan yang terbaru. Hyppgames juga kerap kali mengadakan pertandingan online dan offline dengan pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang.
Bagaimana saya menjadi ahli Hyppgames?
Anda perlu layari website http://www.hyppgames.com.my dan klik “Register Now”. Isi ruangan yang disediakan dan pastikan email anda diisi dengan betul. Namun terdapat pelbagai pakej pemainan di Hyppgames. Anda mungkin perlu mendaftar untuk setiap pakej tersebut. Sila semak dengan fakta-fakta pakej yang berkenaan untuk lebih maklumat.
Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran?
Setiap pakej mempunyai yuran langganan and cara pembayaran yang berbeza. Sila semak dengan fakta-fakta pakej yang berkenaan untuk lebih maklumat.
Mengapa perlu ada yuran langganan?
Hyppgames merupakan saluran permainan online yang unggul di Malaysia. Adalah menjadi impian kami untuk menjadikan permainan komputer popular di Malaysia dengan mengadakan pelbagai aktiviti, acara, pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik. Untuk melakukan semua ini memerlukan kos, oleh itu Hyppgames mengenakan bayaran minima ini untuk memastikan kami sentiasa dapat menjalankan aktivit-aktivi tersebut.
Bagaimana saya boleh buat bayaran?
Terdapat tiga cara untuk membuat bayaran:
- Bayaran melalui bil Streamyx. Yuran langganan akan dicatatkan ke dalam bil anda yang akan dihantar ke rumah anda. Sila semak dengan fakta-fakta pakej yang berkenaan untuk lebih maklumat.
- TM Net prepaid card. Anda boleh menggunakan kredit yang ada pada akaun TM Net Prepaid card anda untuk membayar langganan bulanan untuk setiap pakej permainan.
- Kad kredit. VISA dan MasterCard diterima.
Bagaimana untuk membeli Mata MMO?
Terdapat 4 cara untuk membuat bayaran:
- Streamyx Bill
- Kad Kreadit (Visa & Mastercard)
- Kad iTalk
- Kad prabayar TM Net
Dimana Kad Prabayar TM Net dijual:
- Semua cawangan TM Point
- Perbankan Internet Maybank, CIMB, RHB and PB
Siapakah yang dibenarkan menjadi ahli Hyppgames?
Sesiapa saja boleh menjadi ahli Hyppgames. Bagaimanapun, bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, kami syorkan anda mendapat kebenaran ibubapa anda sebelum melanggan pakej-pakej Hyppgames.
Terdapat juga beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Hyppgames yang mengenakan had umur. Buat masa ini, sebarang pertandingan yang memerlukan para pememang mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa adalah dihadkan kepada mereka yang bermur 18 dan ke atas.
Apa permainan yang boleh didapati di Hyppgames?
Buat masa sekarang, permainan MMO(Massively Multiplayer Online) yang ada adalah Rose Online dan Miu. Terdapat juga pelbagai permainan Casual seperti Farm Frenzy dan Treasures of Montezuma.
Akan ada permainan lain di Hyppgames pada masa akan datang?
Sudah tentu. Pada setiap suku tahun, kami akan menambah bilangan permainan komputer yang terdapat di Hyppgames. Setiap permainan online yang baru, kami akan umumkan terlebih dahulu.
Apakah ciri-ciri komputer minima yang diperlukan?
Untuk menikmati servis Hyppgames, anda memrlukan komputer dengan modem 56kbps dan Windows 96 ke atas.
Untuk bermain permainan online, walaupun Pentium II sudah memadai, kami syorkan anda menggunakan Pentium IV ataupun AMD Ahtlon 1.0 GHz, dengan kad grafik GeForce 4 4200 ataupun Radeon 8500, dengan memori sebanyak 256MB.
Sila semak dengan fakta-fakta pakej yang berkenaan untuk lebih maklumat. Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi penjual komputer yang berdekatan dengan anda.
Bagaimana saya boleh menghubungi anda?
Sila hubungi webmaster pakej-pakej yang berkenaan. Untuk hal-hal yang berkaitan dengan laman web ini, sila hubungi kami di enquiries@tmnet.com.my
|